Girl Day's Out - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Girl Day's Out

30 Januari 2015

Girl Day's Out

Okay sebelum kita gerak apa kata we-fei dulu...

We-fei sementara menunggu enjin panas

This weekend we all tak balik kampung. Jarang-jarang terjadi my kids tak heran samada balik kampung atau pun tidak. Nak tau kenapa??

Dah! dapat beskal fixie oren namanya

Ha! itulah yang buatkan Along, Aryssa dan Adik tak heran tu. Last Friday babahnya telah membelikan Along basikal. Walaupun Mrs. A kurang setuju tapi apakan daya kuasa Veto bukan ditangan Mrs. A. Pasrah yolah... Tujuan babahnya membeli basikal tu bukan sebab suka-suka ianya lebih kepada keperluan. Setelah berkira-kira dan timbang-tara [ayat kemain] katanya adalah lebih elok Along ke sekolah dengan menaiki basikal. Convinient dan selesa pada Along dari segi masa. Tak perlulah dia tertunggu-tunggu time balik dan terlambat time nak pergi.

Ini berdasarkan kejadian sebenar. Pernah sekali petang babahnya lambat giler.. ke hulu ke hilir budak tu biasa tunggu depan kedai mamak dah pergi depan kedai mamak takde patah balik ke depan sekolah takde jugak dah habis lengang semua orang dah balik. Mujur dia minta sorang kawan dia ni temankan sehingga we all sampai. Kawan dia ni bawa basikal tu yang timbul idea dia minta basikal tu. Lagipun dia ada kawan katanya. Sewaktu hari pertama Along nak ke sekolah dengan berbasikal babahnya follow sekali dengan motor mujur bijak if not mesti Mrs. A dah! menjegil mata sambil brok..brek..brok..brek..menyatakan kerisauan hati seorang ibu biasalah pompuankan emosi terlebih. Itulah kekadang pompuan nih! risau tak tentu pasal sepatutnya kita harus doa dan minta yang baik-baik.

Hasbunallah wani'mal wakil (cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar/ berlindung) Surah Ali 'Imran (3):173


Disebabkan Along bersekolah sesi petang so bila masa dia bersiap untuk ke sekolah even masa dia 1st time niak basikal tu pun Mrs. A tak tahu dan tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri ralat tau sob..sob..sob.... Sorry Along ibu work. Takpelah Along pun dah besar (mujur dah 13 tahun) lagipun babahkan ada. Itulah kekurangan nikmat yang terpaksa dirasai oleh para ibu yang bekerja. hurmmm rasanya hanya mereka yang bekerja sahaja yang memahami apa yang Mrs. A maksudkan. [kalau tak faham jugak haish! tak tauler...camno nak explain tuh!]

Eh! panjang pulak iklannya nih! macam iklan TV2 kalau iklan Onetvasia sure dah lama habis nak jerang nasi pun tak sempat ngeh..ngeh..ngeh...Berbalik kepada tajuk girl day's out. Mrs. A dengan Aryssa dah! plan nak gi membeli buku kerja Bahasa Arab Aryssa. Buku tu takde stok di kedai buku sekolahnya. Since Tuesday  last week dah pesan suruh Mrs. A beli unfortunately dua-dua kedai buku di Aeon S2 pun takde stok jugak.

Itu yang bila officemate suggest pergi ke Pustaka Rakyat Senawang Mrs. A pun pergilah lagipun Aryssa tahu tempat ni katanya dia dah pernah pergi dengan Opah dan Maksunya amboi! kemain advance lagi. Ibu pun tak pernah pergi lagiks. Pustaka Rakyat Senawang ni ada dua tingkat ground floor jual stationaries dan 1st floor jual buku-buku pelbagai jenis. Ada buku pelajaran, ada buku agama, Al-quran eh! macam-macam ado.

Pustaka Rakyat ada banyak cawangan kekdahnya!

Syukur alhamdulillah finally dapat juga beli buku bahasa Arab tu.

Inilah buku xtvt bahasa Arab yang susah nak cari tu

Walaupun tujuan asal we both adalah untuk membeli buku bahasa Arab Aryssa sahaja. Tapi biasalah orang pompuan takde maknanya, sure punyalah menyambil-nyambil. Macam Aryssa ni buku bahasa Arab dah jumpa pastu dia gi membelek novel pulak jauh menyimpangnya. Sambil update Mrs. A ibu kat sini ada novel Love u Mr. Arrogantlah, ada novel Suamiku Encik Perfect 10 novel bla..bla..bla.. haish! memacam novellah kekdahnya.

Aryssa sayang oii... itu novel orang dewasa, ialah untuk ibu kata dia. Ibukan suka baca novel. Itu dulu sayang masa ibu kerja KL sekarang ibu dah takde masa nak baca novel. Kalau nak diikutkan Mrs. A memang suka baca novel pun those days masa zaman Mrs. A naik komuter travel Seremban - KL everyday. Seminggu boleh katam 4 novel sharing beli dengan officemate pastu we all exchange. Sekarang kalau baca novel mau tak jadi kerja haru-biru la jawabnya.

Oleh kerana Aryssa nak jugak membeli novel so Mrs. A bagi syarat dia kena cari yang sesuai dengan usia dia iaitu untuk kanak-kanak 10 tahun. Itu yang dia beli novel untuk dirinya tajuk apa ke ntah Aishah..... yang gambar kat atas sebelah buku bahasa Arab tu ler rupa novelnya.

Rambang mata betul tak tahu nak pilih mana satu

Tingkat satu - macam-macam buku ada dari buku pelajaran, agama, novel dan lain-lain lagi

Kan dah kata girls day's out menyimpang lagi ke bahagian stationaries pulak. Ibu pulak terlebih excited tengok notebook yang pelbagai bentuk dan warna ngeh..ngeh..ngeh...

Interestingnya buku nih! tapi kalau aku beli nak tulis apa ek??? Takkan nak tulis novel pulak

Masa we both keluar rumah tak silap time tu 11.30 pagi, kemudian sedar-sedar tengok jam dah pukul 1.00 petang. Terkejut dan panik sekejap baru teringat the boys kat rumah. Alamak Aryssa dah pukul satu tak sempatlah ibu nak masak, eh! salah tu malaslah ibu nak masak ha! baru betul muuahhaaaaa [sambil gelak jahat]. Hurmmm... apa kata kita suruh babah masak nasi pastu ibu tapau lauk. Okay! Aryssa pun calling-calling babahnya dan suruh masak nasi. Babahnya okay ajelah pasrah dengan perangai gegirlsnya. Tapi dengan pesanan penaja balik cepat sikit, dah habis ke belum, ada tempat lain lagi nak pergi ler tuh! ngeh...ngeh..ngeh... tau takpe.

Selepas tu we both gerak pulak ke Ampangan maknanya from Senawang to Ampanganlah coz nak tapau lauk kat tempat yang family we all selalu tapau. Setelah selamat tapau Aryssa pulak nak beli waffle dan menyimpanglah lagi we both ke Giant Ampangan pulak coz waffle tu kiosknya kat dalam bangunan Giant tu.

Hah! pastu menyimpang lagi sesambil nak tunggu waffle siap, pergi tengok-tengok tudunglah kat tingkat satu pulak. Hati kata tengok-tengok jer.. tak naklah beli, baru jer semalam membeli, yang beli onlinenya, pastu ada jugak yang beli kat officemate tapi.... tak jugak bila dah tengok-tengok tu sure terjebaklah plus dengan ada duit ditangan memang laju jer nafsu pompuan ni membeli, beli, beli dan beli. Aryssa terjebak membeli seluar dan tudung. Ibu pulak terjebak membeli shawlsssss, huhuuhuuuuhu....

Ialah nafsu pompuankan ada 9, tu yang selalu jer tersasar dari tujuan asal. Tapi ok lagi apa masih berpada-pada [nak gak menang tu]. Lainlah lelaki ada 9 akal satu nafsu tapi walaupun lelaki ada satu jer nafsu itupun depa susah nak jaga kan..kan..kan..

Lelaki kalau shopping senang jer...contoh macam ni disebabkan Along dah ada basikal so Adik & Aryssa pun nak jugak. Friday petang hingga malam dan Saturday pagi asyik dok nyanyikan babahnya minta basikal. Adoyai! Mrs. A pun jadi fening dibuatnya.

Pastu dalam tengahari sikit on Saturday tu terus aje babahnya ajak depa pi beli basikal ingatkan main-main lebih kurang satu jam cenggitu dah balik dengan dua buah basikal. Sekejap bangat shopping basikalnya memang terus aje ke tujuan asal....ngeh..ngeh..ngeh...

Amboi! kemain lagiks menyusun beskal memasing dalam barisan. Biru beskal Aryssa, Kuning beskal Adik

Pada pendapat Mrs. A kebanyakkan lelaki bila shopping memang macam itulah. Terus aje ke tujuan asal mereka tak ambil masa yang lama pun. Mrs. A pernah terbaca "logik" beza wanita dan lelaki time shopping tapi tak ingat dah kat mana. Sebab tulah Mrs. A kurang gemar bershopping dengan my other half [gemar RM dia aje muuahhhaaaaaa] kalau nak shopping girls thing biarlah pergi sendiri. Barulah boleh shopping sampai lebam.

6 ulasan:

  1. Salam. Hee seronok keluar dgn beskal fixie.

    BalasPadam
  2. betul tu...agak susah shoping with guy nih dorang nk cepat je..klau kia pompuan ni mesti nak belek2 lagi kan

    BalasPadam
  3. betul betul. . lelaki yg suka teman perempuan shopping lelaki yg caring plus penyabar sbnrnya sis,

    BalasPadam
  4. Zumal pun kalau pergi nak beli sesuatu pasti menyimpang dari tujuan asal dan terlebih shopping jadinya ^-^

    BalasPadam
  5. At last...semua ada beskal sowang satu.
    Bestnya... Saya dah lama x naik basikal.
    Gayat pulak sebab pernah jatuh tersungkur kat jalan berbukit sampai patah 2 gigi depan.

    BalasPadam
  6. Wanita dan shopping mmg x dpt di pisah kan.. hihi...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©