As Salam and greetings to dear readers.
Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018.
Mrs. A selalu aje terlepas peluang untuk turut serta dalam Segmen ataupun Giveaway yang dianjurkan oleh sifu blogger Hasrul Hassan hew! hew! hew! Tapi mujurlah untuk Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini masih belum sampai lagi tarikh tutupnya.
Sementelah takde idea nak up-date blog ada baiknya Mrs. A join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018. Nanti bolehlah Mrs. A jalan-jalan ke blog-blog yang join tu. Okay meh sini nak tepek banner dulu.
![]() |
Klik banner for more details |
Salah satu syarat daripada 6 syarat untuk turut serta dalam Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini adalah kena senaraikan 5 aktiviti yang akan dilakukan pada bulan Ramadan nanti.
5 aktiviti yang Mrs. A hendak buat adalah [In Sha Allah]:-
- Hendak masak juadah berbuka sendiri sekurang-kurangnya 3 hari daripada 5 hari waktu bekerja. [pssttt.... tahun-tahun sebelum ini lebih banyak ke bazar Ramadan dari masak sendiri]
- Hendak pergi solat tarawih di surau taman kalau bukan setiap malam pun seminggu 2 kali pun jadilah.
- Kalau ada kuliah kat office tak nak miss satu pun.
- Nak balik kampung tiap-tiap minggu untuk berbuka dengan emak Mrs. A
- Nak shopping raya awal.
Mrs. A join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 bak kata HH untuk semarakkan lagi hubungan sesama rakan blogger dengan aktiviti blogwalking dan melafazkan azam untuk ibadah dan amalan baik di bulan Ramadan dan seterusnya.