Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah

18 April 2018

Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah

 As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah.


Kejadian pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah ini adalah pada Selasa [10042018] minggu lepas. Kalau tahun lepas Adik duk busy dengan bersukan kriketnya [SINI]. Tetapi pada tahun ini adik busy pula dengan sukan bola tamparnya. Gigih tau Mrs. A ambil cuti tahunan semata-mata nak jadi supporter Adik dan team bola tamparnya. Ialah selalu Adik jer... yang jadi supporter ibu gi main netball this time sajalah Mrs. A nak support Adik pula.

Dua tiga minggu sebelum hari pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah jadual Adik memang busy betul dengan trainingnya hampir setiap hari petang lepas sekolah dia akan suruh babahnya hantar ke sekolah untuk training. Tak cukup hari-hari sekolah biasa, Saturday morning pun training juga. Biasa Saturday morning tu Mrs. A yang akan hantar. Semangat betul Adik dan team bermain bola tampar demimu SKKGV giteww..... 

Muka happy dapat sport shoe baru brand asics, special untuk indoor games #gelnetblade
Eh! tetiba gambar macam takde kena mengena dengan tajuk muahahahaa... Dua hari sebelum pertandingan tu time family days out ke KLCC, Adik telah berjaya memujuk babahnya untuk belikan dia sport shoe baru. Katanya belikanlah sempena hadiah birthday dia in-advance (tarikh birthday sebenar 22 April). Termakan dengan kata-kata manis Adik so babah pun belikanlah. Jeles tau ibu cos sport shoe ibu pun tak sampai rege mahal cenggitu.

Oooppsss iklan la pulok!!! okay sambung citer pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah tu. SKKGV menghantar dua team sahaja iaitu satu team lelaki dan satu team perempuan bawah 12 tahun. Ada banyak sekolah-sekolah yang bertanding. Pertandingan dijalankan secara liga ada empat grup kalau tak silap Mrs. A iaitu A, B, C dan D setiap grup terbahagi kepada 4 sekolah tapi ada juga satu grup yang hanya terdapat tiga sekolah sahaja. 

Jom layan gambar yang sempat Mrs. A snap.

Sporting ustaz a.k.a coach time Mrs. A minta mereka bergambar dia okay jer...
Adik dengan kasut bau kedainya hahahaha..
Time Mrs. A sampai tu team lelaki SKKGV belum mula berlawan lagi, cuma team SKKGV perempuan jer... dah bermula dan tamat satu games. Gambar belakang atas tu la team perempuan SKKGV jersi purple. Mereka sedikit frust la kot cos kalah satu  mata aje dengan SK Gadong Jaya.

Apalah perasaan mereka time ni agaknya? Mesti berdebar-debar hehehe....
Khusyuk masing-masing dengar taklimat sebelum 1st game
Haruslah Mrs. A pun nak wefie dengan depa
Eh! terjumpa Afrina haruslah ajak wefie gitew.... a.k.a anak coach netball Mrs. A dia wakil team bola tampar SK Ampangan
1st game SKKGV vs. ACS
Alhamdulillah mereka menang
Buat julung-julung kalinya Mrs. A tengok Adik bermain bola tampar rasa terharu dan bangga pula time tu hew! hew! hew! [mak-mak sangat ko Mrs. A hoi!!!] tak sangka Adik pandai main hahahaha... Ialah selalu kat rumah Adik selalu kena bahan jer... dengan babah dia "Adik ko pandai ke main, ko selalu 1st six ke duk tepi jadi reserve je!? Cenggitulah selalu babah dia duk sakat-sakat.

Kedudukan kumpulan D di peringkat grup
Ralat pula Mrs. A rasa time team Adik lawan dengan SK Seliau dan SK Panchor Mrs. A tak snap gambar pun. Mrs. A cuma record video aje. Anyway seronok jugalah selepas tu tengok semula bersama adik dan kawan-kawannya. SK Panchor adalah juara grup manakala SKKGV naib johan grup so mereka ke peringkat quater final. 

Di peringkat quarter final SKKGV vs. SK Ampangan. SK Panchor Mrs. A tak pasti vs dengan sekolah mana. Tapi apa yang pasti keseluruhan keputusan SK Panchor adalah naib johan. Itupun Mrs. A dengar dari coach netball cos Mrs. A dah pulang awal setelah team lelaki SKKGV berjaya ditewaskan oleh SK Ampangan. Sobs..sobs..sobs sedih!!! semuanya tapi takpelah next time boleh cuba lagi ya anak-anak.

Quater final SKKGV vs. SKA
SKKGV kalah dengan mata 16 - 31
Fuh! seronok juga jadi supporter ni dah tu kadang-kadang touching bila tengok semangat anak-anak dan cikgu-cikgu tu semua. Minda kena setting siap-siap kalah menang adat pertandingan yang penting kalah bermaruah dan semangat kesukanan haruslah sentiasa diamalkan.

Oh! lupa pula nak bagitahu tempat Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah tersebut adalah di Center Court, Paroi memang familiar sangat untuk Adik dan Mrs. A cos hampir setiap minggu akan ke sana untuk training.

Okay itu sahaja kisah Adik dan bola tamparnya akhir kata majulah sukan untuk negara.

11 ulasan:

  1. ibu mana tk seronok bila tgk anak beraksi..nk plak menang kn...sure rasa nk nangis hehe..tahniah utk ank Mrs A

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... kans..
      Alhamdulillah terima kasih.

      Padam
  2. sapa yg terlajak bersemangat ni? hahaha

    x pe ada masa lagi boleh cuba... ada permainan... ada mng dan kalah...

    BalasPadam
  3. Seronok baca entri ini teringat zaman anak bersukan. Ibu lah jadi suppoter no.1 :-)

    BalasPadam
  4. wah seronok lah anak bila si ibu tengok dia main

    BalasPadam
  5. Wahh bestnya dapat support anak beraksi dalam sukan yg hebat2 camni!! Harap terus bersinar dengan full support dari ibu :)

    BalasPadam
  6. satu family aktif bersukan..bagusnya. kalau KJ dengar mesti dia bangga.hehe

    BalasPadam
  7. comel je smua berbaju kuning.. hehe. semangat!

    BalasPadam
  8. Tiba-tiba rasa rindu pulak zaman sekolah selalu main bole tampar ni..btw saya singgah follow sini :)

    BalasPadam
  9. Bagus. Support anak.
    Anak-anak aida x aktif sukan.
    So xde la experience gini.
    Best nyer la...

    BalasPadam
  10. Seronoknya Mrs A.. Memang best bila dapat support anak-anak bersukan camnie.. Kalau menang memang bonus..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©