Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018

15 Februari 2018

Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018.

Hah! tu dia tajuk tak boleh blah!!! ngalahkan persediaan nak ke olimpik lagaknya muahahhaaaaa.... Pada tahun 2018 ini tuan rumah bagi Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM adalah Syarikat Air Johor [RanhillSAJ] dan dijangka berlangsung pada 28 - 30 April 2018.

Apo ko bondo SBAM tu? SBAM itu adalah sukan bagi syarikat-syarikat air, operator air atau pun apa sahaja utiliti yang ada bersangkut-paut dengan air termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan juga IWK. Tempoh SBAM ini diadakan adalah dua tahun sekali. Pada tahun ini SAJ telah terpilih sebagai tuan rumah. Dua tahun yang lepas Lembaga Air Perak yang menjadi tuan rumah. 

Unfortunately kisah SBAM Perak Mrs. A cuma blogkan intronya sahaja [SINI] Walaupun yang sebenarnya ada banyak kisah nak diceritakan tapi tulah masih tergantung di dalam draft. hashtag# Dilema seorang blogger yang tak berapa nak rajin muahahhaaaaaa....

Hurmmm... panjang pula intro persediaan team netball SAINS nak ke SBAM 2018. Okay back on track. Pada tahun ini persedian team netball SAINS dikira agak awal juga berbeza dengan dua empat tahun sebelumnya. Tapi itulah walaupun persediaan agak awal tapi macam-macam pula dugaan dan karenah pemain-pemainnya. Isu tak cukup pemain memang masalah forever dah tu pula manager team pulak letak jawatan. Tambah lagi dengan masalah kecederaan pemain-pemain termasuk ler... Mrs. A.

Tapi mujurlah masalah-masalah tersebut semakin dapat diatasi boleh dikatakan telah berjaya diatasi walaupun belum sepenuhnya. Hari training masih sama iaitu Monday and Wednesday tapi apa yang menariknya team netball telah berjaya mendapatkan pelepasan untuk keluar awal dari waktu kerja iaitu pukul 4.30 petang dah boleh ca alip bot. Tempat training samada KOMBES ataupun Center Court, Paroi bergantung kepada kekosongan, cuaca dan bajet.

Jika sebelum ini coach tetapkan sehari untuk training sesama team sahaja tapi sekarang ini lebih kepada training secara friendly match. Sparring partner tak payah nak cari itu biasanya coach yang uruskan. Phew!!! lega sesangat dapat coach yang memang terlibat secara aktif dan professional dalam sukan netball di Negeri Sembilan ini. Cumanya tulah kalau tak monang jugak tak tahulah den nak kobaan.

Cengginilah lebih kurang keadaan team netball bila training.

Ini gambar last week setelah habis training. Wefei seketul sebelum balik sempena phone baru orang yang sakit lutut tu #tolongjangankecam
Gambar last month sambil cooling sambil kena bebel dengan coach. Time ni lutut dah sakit tapi belum pergi MRI lagi
Fuh! muka masing-masing macam udang kena bakar.
AMARAN TOLONG JANGAN TIRU AKSI ini ya! muahhaahhaaaaa....

Gate belakang dah tutup. Abih! keta parking belakang ko panjat jelah tak koser nak jalan jauh haiii!!!
Oooopppsssss sapala.... agak-agaknya ni ya. Tulah dah tulis kat situ gate tutup pukul 7.00 malam yang ko terlebih ke 7.15 tu dah kenapa??? Ha memanjatlah nampak gayanya. Haish! pak guard ni pun satu ikut buku sangat tulis pukul 7.00 bebetul sharp pukul tujuh ditutupnya. Tutuplah lambat sikit ini baru pukul 7.15 la... 

Dari segi bajet pula, samada coach fee, court fee, extra seketul dua jersi alhamdulillah telah dipersetujui dan diluluskan oleh pihak pengurusan. Bukan setakat team netball sahaja teams lain pun sama. Diantara planning team netball sebelum ke SBAM adalah nak menyertai sekurang-kurangnya satu pertandingan netball bila dan di mana tu we all masih lagi mencari-cari. Bukan setakat di Seremban aje di K.L, Selangor ataupun Melaka we all on juga.

Target team netball untuk SBAM 2018 adalah mara ke final. Harapnya semoga menjadi kenyataan. Readers doa-doakanlah juga ya....

SBAM 2018 - ranhillsaj

10 ulasan:

  1. rindu netball dlu saya aktif juga...company opis pn dlu2 ada slalu friendly tournament..tp lps ada kejadian saya jatuh trus dh xbole aktif..actually mmg dh ada sakit belakang so dh tgal kenangan la main netball..good luck ye utk ke final

    BalasPadam
  2. Mudah2an team netball SAINS berjaya dalam kejohanan itu nanti.
    Dapat naib johan pun okay.
    Johan bagilah team tuan rumah Runhillsaj.

    BalasPadam
  3. waaa... rajinnye training.. good luck to the Team!!

    BalasPadam
  4. Segala halangan boleh di atasi . . . apalah sangat gate yang di tutup ha ha.

    Harap team SAINS beroleh kejayaan.

    BalasPadam
  5. semalaysia gituuuu hebak hebak mung!!!

    BalasPadam
  6. p/s sy dah pos hadiah. in case x smpi lbh 2 mggu beritau sy ya

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©