Annual Dinner SAINS 2017

December 29, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Annual Dinner SAINS 2017.

Annual dinner SAINS pada tahun ini adalah bertempat di Klana Resort Seremban. Actually sepanjang yang Mrs. A ingat annual dinner setiap tahun telah diadakan di Klana Resort Seremban ngeh! ngeh! ngeh! Kalau tiada pun maknanya tahun tersebut tiada annual dinner diadakan.

Kejadiannya dah lama juga iaitu pada 20112017 yang lalu tapi tulah malas punya pasal tertangguh sehingga ke hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya kalau annual dinner office pasti ada tema-tema bagai. Tema pada tahun ini adalah "Glamorous Masquerade Night" [ha! ko mampu]. 

Mrs. A ini sejenis yang suka juga melayan tema-tema ini, [2016] tapi tahun ini tak berapa nak layan sangat setakat membeli mask ajer... Itu pun beli last minutes on the way nak balik kerja petang tu sebelum ke dinner malamnya singgahlah sebentar di kedai Baloon Party di S2. Walaupun Mrs. A tak pernah pergi kedai tu gigih tau Mrs. A tanya office mate macam mana nak ke situ. Alhamdulillah mudah aje jumpanya.

Dinner
Annual Dinner SAINS 2017
dinner
Bila tengok semula gambar ni nyesal pula tak rasa semua menu tu
dinner
Menu macam-macam ada. Cantik tak mask tu?
dinner
Creme caramel with fruit coulisse yang ni Mrs.A suka sedap baq hang
dinner
Pengat pisang dengan roti bhai tak heran pula time ni kesian.....
Seperti tahun-tahun sebelummnya sebelum acara bermula afdal dimulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu. Pada malam tersebut bacaan doa dibacakan oleh ustaz dari jabatan mufti Negeri Sembilan kalau tak silap. Kemudian selesai berdoa kita makan dulu......sambil makan itu sambil dihiburkan oleh artis jemputan iaitu Datin Alyah.

dinner
Kemudian setelah selesai acara Datin Alyah sambung lagi nyanyi sempat Mrs. A and the gang minta bergambar
Selain daripada annual dinner ini acara utamanya adalah penyampaian anugerah cemerlang oleh YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan selaku Pengerusi Syarikat kepada seratus lebih orang kakitangan yang cemerlang.

Dalam ucapan Pengerusi beliau turut menyampaikan tiga khabar gembira kepada we all yang hadir khasnya dan buat seluruh warga SAINS amnya. Pertama dapat bonus katanya, kedua dapat kenaikkan gaji dan yang ketiga dapat COLA. Yeayyyy!!!!! alhamdulillah begitu meriah sekali sorakan dari semua yang hadir. Mahu tak suka ingatkan dalam keadaan ekonomi sekarang apa pun tak boleh tapi mujurlah SAINS masih mampu berkongsi rezeki #syukurselalu

dinner
Kak Ngah niece Mrs. A yang intern tu
dinner
Tu ler dia mask yang Mrs. A beli tu sekejap pakai, sekejap buka ngeh! ngeh! ngeh!
dinner
Sebelum DSU dan Datin Seri berangkat pulang sempat Mrs. A minta bergambar
Okay itu sahaja nak share secebis kisah Annual Dinner SAINS 2017. Semoga syarikat akan terus maju jaya di masa hadapan.


You Might Also Like

13 comments

  1. Meriahh.. Last pegi hotel ni masa form 5, dinner smk Puteri.. haha..
    ps: kita suka baju Mrs.A.. Lawaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Tiga khabar gembira tu yang nikmat sangat kak...alhamdulillah....syukur...lompat bintang ni.

    ReplyDelete
  3. Comel je mask tu hihi. Bestnya dinner, Lya dah lama takde join dinner apa-apa. Asyik kerjaa je haih

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Syukur bertambah2 rezekinya.

    ReplyDelete
  5. wahhhh kurlassss akk kite ni.. hjg2 thn ni mmg byk majlis sebegini

    ReplyDelete
  6. Unfortunately LZ tak join.. Tumpang gambar Mrs. A untuk rasa kemeriahannya.. Bila lapar nampak sedap semua makanan tu Mrs. A..

    ReplyDelete
  7. 3 good news tu yang buat best

    ReplyDelete
  8. cantik baju mrs A. mek suka. tmbh je dengan topeng tu, dah ikut tema. haaha, janji ikut tema.

    ReplyDelete
  9. Cantik mask tu mrs A. Kalau ana dah tak tau nak pakai apa tema masquerade tu sebab ana sejenis yg pakai apa yg ada je. Hehe. Wah ada datin alyah. Dato Ram xde sekali ke.

    ReplyDelete
  10. waaa..tema masquerade gitu..n makanannya nampak sedap..

    ReplyDelete
  11. Tak syoklah MA sekejap bukak sekejap pakai....Yg lain pun mcm tak pakai ek! Tak menjadilah kalau gitue tema malam tu....

    Teringat masa kerja dulu... kalau tak de family day, mesti ada dinner, salah satu

    ReplyDelete
  12. Meriah jugak. Yg menyebankan meriah tunsebab ada zorro. Hihihi.

    ReplyDelete
  13. best nya..dia ada annual dinner lagi..dah lama x dpt jemputan pegi dinner mcm ni

    ReplyDelete

TOP COMENTERS