Netball 3 on 3

October 23, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Netball 3 on 3

Hah! serius ada uols netball 3 on 3. Actually Mrs. A baru aje tahu kira-kira last 3 weeks hahaha..... time tengah training tetiba coach buka cerita. Katanya sempena Karnival Belia Islam tahun ini ada netball 3 on 3. Pertandingan akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Uols try ler... join, by invitation aje ni... kata coach.

Hah! 3 on 3 macam mana tu coach!? Takkan tiga orang aje main. Iyalah memang tiga orang aje yang main, tetiga tu semua boleh shoot. kata coach lagi. Fuh! tercengang Mrs. A and the gang. Kekdahnya ada netball jenis 3 on 3 gitew. Ingatkan ada netball 5 sebelah aje sebab yang ni Mrs.A pernah join.

Walaupun coach dah tunjuk ajar cara permainan 3 on 3 tu sebelum hari pertandingan tapi gang netball office masih blurr lagi muahhahhaaaaaa.... Kekdahnya pada hari pertandingan itu we all redah ajelah..... Disebabkan hanya tiga pemain diperlukan dan seorang reserve. So team office berpecah kepada tiga team SAINS A, SAINS B dan SAINS C.

Jom ler... kita tengok seketul dua gambar di hari kejadian.

netball
Punyalah malas nak berdiri, duduk pun duduklah.
netball
SAINS A vs. Remaja NS 1
netball
SAINS B vs. Pusat Dakwah
Time pertandingan pada petang 13102017 itu we all ingatkan tak berapa nak ramailah team yang datang cos hujan uols. Cis meleset jangkaan itu, ramai hah! ada lebih kurang 15 team gitew. Walaupun time training coach bagitau time permainan 5 - 1 - 5 iaitu lima minit 1st quater, rehat 1 minit dan 2nd quater lima minit tetapi oleh kerana ada banyak team maka time permainan di pendekkan hanya 5 minit dan hanya ada 1st quarter sahaja.

Adoiii... huhuhu... stress SAINS A tau hahahaha... team Mrs. A lettew. Nyesal pulak pilih team SAINS A patutnya jadilah SAINS C ke takdelah masuk dalam grouping kekuat gitew... Disadvantage kepada team SAINS A adalah hanya seorang aje yang pandai shooting Mrs. A dan seorang lagi itu nan hado!!!. Haish! camnelah defender nak bertukar jadi shooter memang lebih banyak keluar jaringlah dari yang masuk jaring muahhahaaaaa.....

Pertandingan diadakan secara liga, terdapat lima group dan satu group ada tiga team. Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai sebanyak RM100 - RM300 dan juga hadiah saguhati.

Okay share sikit cara permainan 3 on 3:-

- Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau kawasan 'D' mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukannya sendiri sahaja. Sekiranya bola yang diterima/ dipintas dari pasukan lawan, hantaran keluar pada pasukan sendiri hendaklah dilakukan sebelum dihantar semula kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.

- Hanya seorang sahaja dari ahli pasukan lawan dibenarkan berada di dalam bulatan gol atau kawasan 'D' pada satu-satu masa samada untuk menjaringkan gol atau sebagai pertahanan.

- Sekiranya terdapat 2 ahli pasukan lawan berada didalam bulatan gol atau kawasan 'D' pada satu-satu masa, balingan percuma akan diberikan kepada pasukan satu lagi. Balingan percuma hendaklah dihantar keluar kawasan 'D' kepada ahli pasukan sendiri dan menghantar semula untuk jaringan gol.

- Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar bulatan gol kepada pemain pasukanya sebelum dihantar semula untuk menjaringkan gol.

Actually untuk netball 3 on 3 ini adalah advantage bagi team yang ketiga-tiga players mereka yang pandai shooting cos cara permainannya sesiapa yang berada dalam kawasan 'D' adalah dibenarkan shoot cuma tulah hanya seorang pada satu-satu masa.

Time pertandingan 3 on 3 tu team yang ada kebanyakkannya muka-muka familiar time kat [SINI] huhhuhu salah satunya tak lain tak bukan Sweeties. Haish! Sweeties napelah uols selalu ada di mana-mana we all ada. 

Dipendekkan cerita team office yang berjaya ke peringkat seterusnya hanyalah SAINS B sahaja. SAINS A dan SAINS C sayonara diucapkan muahhahhaaaa.... takpelah we all nak gain experience sahaja camne netball 3 on 3 tu kalah menang adat pertandingan kansss... [ecceeecewah!!! ayat nak sedapakan hati]

netball
Ha! ni dia aksi SAINS B ketika melawan Sweeties A di peringkat suku akhir.
Walaupun keputusan seakan telah dijangka tetapi apa yang we all sangat-sangat tak sangka adalah SAINS B memberikan tentangan hebat kepada Sweeties A dan ada kemungkinan juga menang tetapi sayang berlaku sedikit kesilapan teknikal gara-gara penjaga masa/markah dan pengadil yang kurang alert. Time last center pass markah time ni 5-4 sepatutnya giliran SAINS B tetapi Sweetis yang membuat balingan terus mata jadi draw dan masa permainan pun tamat.

Sewaktu SAINS membuat bantahan. Permainan dijalankan semula dengan cara sesiapa yang mendapat 3 gol dahulu merekalah yang menang. So finally begitulah caranya Sweeties A mendapat kemenangan. Walaupun SAINS B kalah tapi we all tetap gembira kerana berjaya menghuru-harakan Sweeties muahhhaaaaa.... Good job SAINS B.

Keputusan keseluruhan tempat pertama, ketiga dan saguhati tidaklah we all ketahui cos we all dah pulang dulu. Anyway tahniah diucapkan kepada sesiapa juga pemenangnya as for us we all join suka-suka aje sekadar nak menimba pengalaman. Akhir kata majulah sukan netball untuk negara.
#risingtogether

Secebis kisah Netball 3 on 3.

You Might Also Like

12 comments

  1. kalah itu pengalaman. menang itu ganjaran. tp lbh mahal adalah ukhuwah. tahniah semua! hebatlah kakak2 kita ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Anies yang priceless itu adalah ukhwah yang terjalin.

      Delete
  2. Ana pun baru tau ada 3-3 tu kak.

    Adat permainan ada menang ada kalah. Jgn putus ada yg penting.

    ReplyDelete
  3. WAH NETTBALL BARU NI XRAMAI MAIN XSESAK PADANG TAPI XBERAPA MERIAH KOT

    ReplyDelete
  4. Salam isnin sis

    semoga minggu ini semua urusan lancar

    amin

    Rajin main netball

    ReplyDelete
  5. aduh, main 7 on 7 pun naik lelah. Ni main 3 on 3 memang kejap je boleh pengsan nih. Cayalah semua yang join. By the way, rindunya nak main netball. Tapi sekarang badan dah tepu dengan lemak kot, camne nak gerak wakaka

    ReplyDelete
  6. wah 3 on 3, pertama kali plak dengar tapi kena usaha banyak sikit sebab pemain sikit jaa kan.. caiyok Mrs A

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi sis mrs A

    Semoga hari rabu ni kita masih bertenaga dan semangat kerja

    Hehe

    Maklumlah dah tengah minggu

    Main sukan bagus untuk legakan tekanan sebab ikut kajian badan kita keluarkan hormon yang bagus untuk fokus

    ReplyDelete
  8. Baru tahu ada 3 on 3 netball. Main netball biasa pun dah tercungap, inikan pulak yang ni. Rindu nak main netball

    ReplyDelete
  9. huishhh.. tak pernah dengar jugak ni. Boleh la diusulkan dengan kekawan yang dah pencen netball nanti.

    ReplyDelete
  10. Suka tengok team Mrs. A berbaju merah hitam, belum main tapi dah nampak terror.. Camne tu? hehehe

    Andai tewas jadikan pemangkin semangat untuk tingkatkan berusaha, chaiyoook!

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me