Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS

September 18, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS 

Setelah beberapa minggu menjalani training dan juga beberapa kali friendly match akhirnya semalam 17092017 tibalah hari pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS yang ditunggu-tunggu. Huhuhu... ditunggu-tunggulah sangattt...

Walaupun pelbagai karenah dan halangan namun berjaya juga team netball company menghantar senarai nama pemain, memang last minutes sesangat. Tak kisahlah janji dapat turut serta lagipun tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang kepada netballers baru yang belum pernah sertai mana-mana pertandingan merasai pengalaman bertanding.

Al-maklumlah team netball company ini bukannya maintain pun playersnya sekejap meriah sekejap suram kalau pun yang maintain adalah dalam empat kelima orang. Eh! sempat pula Mrs. A belbel masalah dalaman ni ngeh!ngeh!ngeh.

Okay back on track, pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS tersebut diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Paroi a.k.a Centre Court, Paroi. Penyertaan terbuka kepada pemain-pemain Kad Pengenalan 05 dan 59 (Negeri Sembilan) ataupun yang bekerja dan beralamat di Negeri Sembilan juga diterima. Terdapat juga beberapa lagi syarat penyertaan yang perlu dipatuhi. Yuran penyertaan adalah 50 hengget per team.

Pasukan Bola Jaring SAINS
Players bergambar bersama team manager
Sistem pertandingan, di peringkat awal dijalankan secara liga. Menang 2 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata. Kemudian johan dan naib johan kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya (suku akhir) yang akan dijalankan secara kalah mati.

Dalam Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS kali ini terdapat empat kumpulan kesemuanya iaitu kumpulan A, B, C dan D. Team Mrs. A kumpulan B.

Ref aka coach we all sedang check result.

Pasukan Bola Jaring SAINS
Hah! korang jumpa saper ni suku akhir!?
Pasukan Bola Jaring SAINS
Huwaaaaaaa.... jumpa Sweeties terus punah-ranah harapan we all. Sweeties tu memang seantero NS dah tahu mana-mana pun depa bertanding pasti Johan
Harung ajelah tak maulah mengaku kalah sebelum berjuang kanssss.... jom layan gambar lagi.

pasukan bola jaring SAINS
Selain netball turut diadakan kejohanan sepak takraw
pasukan bola jaring SAINS
Hurm... berpeluh muka, wajah setelah menang games pertama
pasukan bola jaring SAINS
Masing-masing happy menang 1st game

pasukan bolajaring SAINS
Wefie [credit photo to Aini]
Kesemua ada tiga games 2 menang dan 1 dikalahkan oleh team bibs oren yang ini
Actually apa yang Mrs. A dan dua tiga orang gang netball predict untuk 4 tempat teratas dan johan itu semuanya benar belaka muahhaaaaaa.... nampak sangat ini semua memang kaki netball.

Hadiah-hadiah yang penganjur sediakan agak menarik :-

Johan - RM1000 + Piala Pusingan + Medal
Naib Johan - RM750.00 + Medal
Ketiga - RM500 + Medal
Keempat - RM400 + Medal

Saguhati - Kelima hingga kelapan RM200 x 4 team

Alhamdulillah Yeay!!! tempat ke 6 daripada 16 team yang bertanding itupun jomblo happy ha! [credit photo to Nana]
Nak tahu siapa Johan???

Siapa lagi kalau team yang kalahkan we all di peringkat suku akhir tu tak lain tak bukan adalah team Sweeties, Naib Johan PSKPP, ketiga MPS dan keempat PDRM. Tahniah diucapkan buat keempat-empat team tersebut. Uols memang hebat

Tahniah juga buat 8 team yang berjaya mendapat saguhati termasukalah team Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Buat yang tidak berjaya syabas diucapkan di atas semangat kesukanan masing-masing. In Sha Allah jumpa lagi di Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS di masa-masa akan datang.


You Might Also Like

10 comments

  1. Tahniah team Mrs A. Hebat juga. Keep it up.

    ReplyDelete
  2. hebat akak kita ni... x jadi juara pun tetap hebat!

    ReplyDelete
  3. Tahniah :)
    sVs tak pandai main bole jaring.. hoki boleh la sikit2

    ReplyDelete
  4. tahniah!

    best kan kadang2 boleh join camni..rasa terbukak minda..

    ReplyDelete
  5. Rindu pulak nak main netball ni.lama xmain dh

    ReplyDelete
  6. Mrs. A dan netball memang tak dapat dipisahkan..
    Terbaik!

    ReplyDelete
  7. Kalah menang adat bertanding.. yg penting semangat kesukanan

    ReplyDelete
  8. Asalkan dapat keluar peluh. ini pun dah berbaloi kan mrs A

    lagipun badan sihat tu kan nikmat yang besar

    ReplyDelete
  9. Dapat saguhati pun dah alhamdulillah sangat kan. tahniah mrs A dan kawan2. aktiviti macam ni bukan shj bagus utk kesihatan , malas bagus utk mengeratkan ukhuwah sesama kita :)

    ReplyDelete
  10. Yg penting dah berjuang habis habisan...kalah menang belakang cerita. Tp kalau menang sure lompat bintang kan haha...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me