Kisah Hari Raya Korban 2017

September 07, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah Hari Raya Korban 2017.


As usual bila hari raya samada hari raya korban ataupun hari raya puasa Mrs. A akan balik ke kampung Mrs. A dahulu ngeh! ngeh! ngeh! mujurlah Mr. A dah tak kisah dah tak koser kot bak kata orang. Ialah tiap-tiap hari di Seremban kalau balik ke Jiboi dah tak cukup nak bilang dengan jari tangan dan kaki dalam sebulan tu ha! gitu. Lagipun Jiboi dengan Lubok China tu takdelah jauh mana lebih kurang 70km jer kalau kira pergi dan balik.

Mrs. A balik seorang diri petang hari Merdeka. Mr. A esoknya selepas Subuh. Kids dah lama berkampung di Lubok China since cousin Mrs. A kahwin hari tu dari Jelai singgah kampung terus tak ikut mak paknya balik dah.

Huh! jangan tanya pasal jalan raya kerana jawapannya mesti semua dah sedia maklum macet bak kata orang Jakarta kata orang Rembau traffic jam muahhahhaa... Mujur juga Mrs. A ikut exit Seremban so bolehlah riki jalan dulu. Maksudnya dari rumah Mrs. A boleh terus ikut exit Senawang ataupun ikut exit Seremban.  Kalau ikut exit Seremban in betwwen nak ke exit Senawang tu kita bolehlah riki macam mana keadaan di highway pada ketika itu. Hurm... traffic jam so kekdahnya Mrs. A pun exit ler... tol Senawang untuk keluar ke jalan lama ikut Sg Gadut. Alhamdulillah jalan Sg Gadut clear percaturan yang berbaloi-baloi kerana ada ketikanya jalan Sg Gadut ini pun sama naik traffic jamnya.

Mrs. A hometown
Inilah pokok ceri kampung satu-satunya yang ada semoga terus hidup subur dan berbakti pada tuannya
Selamat sampai di kampung lebih kurang pukul 5.00 petang. Adik-beradik Mrs. A yang dah ada di kampung cuma family Alang dan adik bongsu sahaja lelain belum sampai. Aryssa pula dah ikut Mak Ngahnya balik Melaka sehari sebelum Merdeka katanya nak teman Mak Ngah jemput kakak Ekin. Anak sedara Mrs. A tu study di KUIM. Sebelum fetching dia Angah singgah kampung tu yang Aryssa ikut. Raya nanti baru mereka balik katanya.

Gambar dari group WA family.
KFC
Aryssa & Ekin berbuka puasa di KFC. Puasa sunat Arafah. Alhamdulillah
Di pagi hari raya korban itu sementara menunggu Aryssa kerana A's family nak gerak balik ke Jiboi pula sempat juga Mrs. A snap-snap dulu.

hari raya
Bergambar bersama anak-anak sedara dan adik Mrs. A. (anak-anak Alang)
Tunggu punya tunggu Aryssa tak muncul-muncul time tu dah pukul 10.30 pagi kesudahannya we all gerak ke Jiboi without Aryssa. Otw tu Mrs. A call tanya kat mana katanya otw on the highway hurm takpelah Sya good bye yolah Ibu dah gerak dah ni. Berhuhuhu ler... si Aryssa tu.



Sampai Jiboi makan-makan lagi juadah raya seperti biasa nasi himpit rendang ayam, lemang dan ada extra menu lain daripada kebiasaan iaitu fish/meat/chicken ball celup-celup made by m.i.l. Ketika A's family sampai cuma ada s.i.l family aje tak lama kemudian family Ateh dan Alang pun sampai. Julung-julung kalinya tiada family Along kali ini mereka beraya di side kaklong iaitu di Serting Ulu.

Yuuuuhuuuu.... nak pi mana tu??

hari raya
Nak pi solat Jumaat la... hari ini kan ke hari Jumaat
hari raya
Eh! eh! sempat dia makan lagi cepatlah babah dah gerak tu
Hari raya korban Mrs. A hanya beraya di Jiboi sahaja ialah sambutannya tidak semeriah hari raya puasa. Lepaking di Jiboi sampai lebam kemudian di sebelah petang pulang semula ke kampung.

Tak sangka time we all lepaking tu ada mamarazi snap gambar #mil

hari raya
Gambar kiri sekali biras Mrs. A iaitu Lala wife Ateh
Gambar tengah Adik dan Pakteh sedang main games
Gambar kanan sedang duduk atas kerusi roda #lufikirlasendiri
Sebelum balik tu sempat pekena laksa dulu. Laksa tu baru aje s.i.l buat masih panas-panas lagi. Sedap sangat laksa s.i.l patut ler... laku keras.

hari raya
Walaupun semua side dish ada tapi Mrs. A amik timun jer.. sikit. Cos I dont like cecili mentah, telor etc bagai tu dimakan bersama nanti hilang nikmat laksanya
Lebih kurang pukul 4.00 petang cenggitu we all pun gerak balik ke kampung semula sebelum tu singgah rumah sendiri dulu cos nak bagi kekucing makan. Walaupun meriah beraya family berbulu itu wajib juga dipelihara. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa itulah kasih messera sejati dan mulia [sila nyanyi ikut lagu P.Ramlee tau]

Okay itu sahaja secebis Kisah Hari Raya Korban 2017.

You Might Also Like

10 comments

  1. sedapnya laksa tu. rasa nak beli jugak la

    ReplyDelete
  2. waahh meriah raya no..selamat hari raya korban

    ReplyDelete
  3. SERONOKNYA BERAYA KORBAN DI KAMPUNG AMAN SELESA

    ReplyDelete
  4. Pokok ceri kampung tu cantik di bawah teduhan nya boleh dibuat tempat bersantai.

    ReplyDelete
  5. Pokok ceri tu...sekarang jarang dah jumpa...

    ReplyDelete
  6. Meriah je tengok suasana raya Mrs A. Btw, lubok cina tu memang dah dekat sangat dah tu. hehe

    ReplyDelete
  7. mata sy nmpk laksa je trs terbeliak ;-)

    ReplyDelete
  8. meriah raya korban.. tgk makanan terus lapar 😀

    ReplyDelete
  9. Hihi....seronok kalau rumah mak dekat dekat kan...senang nak jengah. Kalau rumah mak mertua dekat? Hihi...

    Syoklah awak ye MA...raya raya duk makan makan jer kerjanya hihi. Rajin sil dan mil masak.

    Raya raya mmg best makan masam masam gitu. Naik muak makan dagingkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Mil dekat1? Hurm... gelak ada makna kan HOkje tu cia..cia..cia..

      Delete

Top Commenters

Shout Me