Baca Surah Yasin Sempena UPSR

September 14, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Bacaan Surah Yasin Sempena UPSR

Seakan suatu tradisi family side Mr. A jika ada sesiapa dalam family nak menghadapi peperiksaan ke, baru mendapat tawaran kerja ke, baru nak masuk universiti ke, apa-apalah yang berkenaan kami akan mengadakan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

Alhamdulillah di samping itu adalah juga acara makan-makannya ngeh!ngeh!ngeh! Seperti last Saturday 09092017 bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat tersebut diadakan sempena anak sedara Mr. A nak menghadapi peperiksaan UPSR. Bukan seorang tau dua orang anak sedara dan seorang lagi anak biras dia.

Baca Yasin, tahlil dan doa selamat tu diadakan selepas solat maghrib. Seperti biasa orang yang bawa baca Yasin, tahlil dan doa selamat tersebut tak lain dan tak bukan adalah F.I.L Mrs. A. Walaupun ini sekadar majlis keluarga tapi Abah akan tetap memberi sepatah dua kata. Selalunya dia akan menerangkan tujuan kami membaca Yasin itu contoh macam time ni katanya kita nak minta hajat supaya Aidil, Imran dan Sumayah diberi ingatan yang baik sewaktu nak jawab UPSR tu, diberi kesihatan yang baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga kita bertahlil untuk arwah-arwah yang terlebih dahulu meninggalkan kita ha! cenggitulah lebih kurang sepatah dua kata Abah.

UPSR
Anak cucu, menantu, biras dan besan pun ada
UPSR

UPSR
Telekong oren salah seorang calon UPSR
UPSR
Kelakarnya muka yang pakai glasses tu cia..cia..cia..
Dari apa yang Mrs. A baca dan faham membaca Surah Yasin memang banyak manfaatnya dan di antara tujuannya adalah ketika kita hendak meminta kepada Allah supaya dimurahkan rezeki, bertemu jodoh, sembuh dari penyakit, diberi kekuatan ketika menghadapi dugaan dan pelbagai hajat yang kita inginkan. [Wallahualam]

Semoga Aidil, Imran, Sumayah dan anak-anak calon UPSR yang lain memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Seandainya keputusan tidak seperti yang diharapkan terimalah seadanya pasti ada hikmah disebaliknya.

Secebis kisah Baca Surah Yasin Sempena UPSR.

You Might Also Like

15 comments

  1. Tradisi yang bagus diamalkan... ALhamdulillah.... meriah...

    ReplyDelete
  2. Betul...satu kelaziman sebenarnya kak...kerana Surah Yasin ada magisnya yang tersendiri..

    ReplyDelete
  3. mudah2an calon2 upsr dpt keberkatan dan peroleh keputusan yg cemerlang

    ReplyDelete
  4. dah buat yg terbaik, selebihnya serah dan tawakkal je kan. Keputusan macam mana, itulah yg terbaik. :)

    ReplyDelete
  5. Semoga anak2 sedara Mrs A berjaya dgn cemerlang InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. allahu, alhamdulillah. seronoknya Mrs A dapat kumpul ramai ramai mcm ni :)

    ReplyDelete
  7. semoga beroleh kejayaan cemerlang, di dunia dan akhirat. amin

    ReplyDelete
  8. Semoga mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Aaminn

    ReplyDelete
  9. Selamat berjaya kepada mrs A dan anak anak yang nak ambil upsr tu

    ReplyDelete
  10. Bagusnya tradisi macam ni dalam family. moga ada keberkatan yg berpanjangan dan peroleh kejayaan dunia akhirat. amin! :)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. mrs A, majlis macam tu kalau kita jemput orang then kita beri tau tak ada makan, will they come or not?

    saja tanya.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya mcm.ni boleh eratkan hubungan keluarga juga.. semoga mereka dpt result yg bagus

    ReplyDelete
  14. Baguslah buat mcm ni MA....jadi tambah rapat gitu. Jamuan apa hari tu?
    Yg pakai glasses tu muka mcm nak ambik upsr jugaklah hihi...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me