LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE

August 30, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE

Yeay!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka! "tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, merdeka! merdeka! tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah" eh! ternyanyi la pula lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang sangat catchy dan malar hijau sepanjang zaman. 

Lagu tersebut bukan orang melayu aje yang nyanyi tau bangsa lain pun turut sama suka juga menyanyikan lagu itu. Ini berdasarkan pengalaman Mrs. A sendiri dengan kawan-kawan sekolah yang berbangsa cina dan india time sekolah dahulu bila masuk bulan kemerdekaan sahaja mesti we all akan nyanyi lagu tu sama-sama huh! meriah sesangat terasa keharmoniannya.

Bercerita tentang hari merdeka ini ha! Lazada juga turut mengadakan MERDEKA! MERDEKA! SALE yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos dengan diskaun istimewa yang sangat menarik iaitu sehingga 80% diskaun.

Bersempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale ini juga Lazada telah memberi peluang kepada para blogger untuk sama-sama turut serta dalam Merdeka! Merdeka! Blogger Contest.

Lazada blogger contest

Kenapa anda bangga menjadi rakyat Malaysia?

Mrs. A bangga menjadi rakyat Malaysia kerana rakyat di Malaysia mampu hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan berbeza ideologi politik. Sungguhpun terdapat anasir-anasir luar yang cuba memecah-belahkan perpaduan kaum di kalangan kita rakyat Malaysia namun kestabilan politik dan ekonomi dan setelah 60 tahun merdeka rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa "Malaysia Boleh" untuk hidup dalam keadaan harmoni, maju dan berdaya saing di dalam pelbagai bidang.

Oleh hal yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan mempertahan apa yang kita ada sekarang dengan kestabilan politik dan taraf ekonomi yang baik  barulah kita bebas memilih serta memenuhi apa yang kita kehendaki dan hajati.

Kerana taraf ekonomi yang baik itulah kita rakyat Malaysia masih boleh tersenyum riang untuk shopping online. Terutamanya di Lazada online shopping iaitu salah satu laman web terbesar di Malaysia dan juga di beberapa buah negara Asia yang lain. Ha! meh! sini Mrs. A nak bagi tahu Local Malaysian Brands pilihan Mrs. A di Lazada online shopping adalah:-

SSF your home improvement store.


Dua barang jenama SSF yang Mrs. A inginkan adalah:-





 
Kat rumah Mrs. A dah ada laptop. Tapikan laptop desknya tiada so agak kurang selesa kalau nak menggunakan laptop kat bilik ke, kat depan TV ke tanpa laptop desk yang foldable seperti dalam gambar di atas tu. Time survey kat Lazada online terjumpa pula laptop desk jenama SSF yang menarik dengan harga yang berbaloi-baloi ini teruslah Mrs. A teringin hendak membelinya.


Oleh kerana ruangan di dapur Mrs. A agak limited tapi Mrs. A memang ada berkira-kira nak membeli satu lagi kitchen trolley yang kecil dan beroda supaya saki-baki barangan yang masih berselerak dapat disusun atur ke dalam trolley biar nampak lebih kemas dan menjimatkan ruang. Lagipun jika beroda senang nak ditolak ke sana ke mari.

Setelah beberapa ketika scroll di sana, sini, situ maka terjumpalah kitchen trolley SSF yang comel dan beroda ini memang sangat bertepatan dengan ciri-ciri yang Mrs. A mahukan. Bila tengok harga pula oklah agak berpatutan.

Di kesempatan ini juga Mrs. A ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun. Semoga rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai sampai bila-bila.

Okay! apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk shopping online di Lazada sempena LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE ini.


You Might Also Like

10 comments

  1. Hemahlah berbelanja.
    Sale hanyalah salah satu strategi melariskan jualan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulp!!! terima kasih WP atas ingatan

      Delete
  2. All the best to you Mrs. A...
    Semoga ada rezeki..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60

    Assalamualaikum dan selamat pagi mrs A

    Semoga berjaya. Mana tau rezeki dapat hadiah kan

    ReplyDelete
  4. best of luck mrs A. Salam aidiladha dan selamat hari merdeka ya :)

    ReplyDelete
  5. selamat maju jaya dlm contest ini ya?

    ReplyDelete
  6. Good luck Mrs A. Mana tau ada rezeki lagi kan kali ni. :)

    ReplyDelete
  7. berkenan pulak sy tgk kitchen trolley tu

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me