Turn Tiga pula kena spaying

July 11, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Turn TIGA pula kena spaying


Turn TIGA pula kena spaying. Kalau Lara Alana ada TIGO, Mrs. A pula ada TIGA. Actually Tiga dah mula buat perangai gediks (nak mengawan) dia tu seminggu sebelum raya. Adoiii!!! time tu susah betul nak bagi dia jangan gediks cos kekucing jantan yang dia menggediks adalah kekucing Mrs. A jugak iaitu si Whiskas dan Jingga hah! sampai dua ekor sekali tu nak menggediks dengan si Tiga yang memang tengah gediks time tu.

Actually time Tiga tengah gediks dalam bulan puasa tu dua kali percubaan Mrs. A ke klinik dedua kali klinik closed. Time Mrs. A ada kat rumah ok lagi boleh aje kurungkan si Tiga tu hah! makan hati jugaklah si Whiskas dan Jingga tengok gelpren kat dalam cage tak boleh nak buat apa. 

Tapi time Mrs.A nak balik beraya haruslah lepaskan Tiga tu takkan nak kurung pulak itu dah kes menganiaya binatang namanya. Bimbang pulak dia tak cukup makan dan minum walaupun Mr. A setiap hari jenguk rumah tapi dia tu so-so jer....part top-up makanan dan air dalam cage ini. Kalau bebas takpe kekucing tu boleh je makan sendiri guna automatik feeder depa.

#tigathecat
Kucing betina kat situlah tempat operate dia
#tigathecat
Tiga dah tak gediks lagi tau ibu
Dipendekkan cerita last week Monday barulah Mrs. A berjaya membawa Tiga ke Klinik Haiwan Ampangan. Time Mrs. A bawa tu Vet tengah solat. Pembantu dia aje ada pastu bila dia tengok Tiga "eh! kak dah peknan kot semacam je perut dia". "Hah!!! adoi... takkanlah dik hoi!!! dia punya perut memang pesen macam ni dik bulat tapi tak peknan lagi kot jawab" Mrs. A lebih kepada nak sedapkan hati sendiri. "Takpe-takpe kita tunggu Vet check dulu" balas dia.

Tak berapa lama kemudian sampai masa Vet check si Tiga tu suspen betul Mrs. A. Bila Vet kata "hurm... tak pregnant lagi takde papepun kosong jer..." kata dia. Fuh! lega alhamdulillah. Kekdahnya petang tu Tiga pun admitted Wednesday petang lepas balik kerja barulah Mrs. A ambil dia semula.
In Sha Allah petang ini ataupun pagi esok Tiga dah boleh bebas cos dah cukup one week tempoh berkurung dia.

Hah! lepas Turn Tiga pula kena spaying siapa pulak yang nak kena nih!!???

Nak tahu hukum memandulkan kucing baca SINI.

You Might Also Like

11 comments

  1. Ngilu tengok luka tu..adui...hai Tiga..

    ReplyDelete
  2. Lepas ni sure tiga jadi gemuk, lagi geram kucin jantan tgk haha

    ReplyDelete
  3. Nanti Tiga bertambah montel 😁

    ReplyDelete
  4. Cun sgt tu yg kena ngorat selalu. Nama dah lah comel TIGA :)

    ReplyDelete
  5. berapa kos untuk mandulkan kucing ni ye? ari tu g survey2 jugak mmg mahal giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman Mrs. A yang sebenarnya ikut klinik juga.

      Macam di Seremban ni ada klinik RM140 untuk kucing betina dan RM120 untuk kucing jantan.

      Ada juga klinik RM80 untuk kucing jantan dan RM120 untuk kucing betina.

      Delete
  6. Kucing kat rumah ada gak seekor kucing tinggalan arwah ayah mentua..dah kena mandul nasa dia muda loni jadi gemuk dempol hahahaha manja sangat..

    ReplyDelete
  7. kucing-kucing saya bela dulu, semuanya dimandulkan..

    ReplyDelete
  8. Sebelu puasa dulu, pn is3 ada bawa seekor kucing betinanya untuk spaying. Vet kata dah bunting tak boleh buat. Ist syawal hari tu da beranak. 5 ekor sekali.

    ReplyDelete
  9. Sian Tiga ...nampaknya mandul sampai ke tualah awak hihi....
    To yelah kan MA, leceh gak kalau asyik beranak jer.
    Nasiblah kucing yg ada kat rumah ni asal mengandung je gugur, tak pernah nak jadi...alhamdulillah sangat.

    Ada sekor kucing kecik dtg....pas tu tak reti membuang dlm tempat dia geram betul!...dah kurung dlm sangkar, tp bila keluarkan membuang merata!

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me