Wordless Wednesday #58 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Wordless Wednesday #58

18 November 2015

Wordless Wednesday #58


We are 23 days old
Situasi Babah & Ibu tengah nonton TV. Adik datang setelah membelek-belek 4 ekor kitten di atas (anak-anak si Koko).

Adik: Ibu..ibu... cepatlah bagi nama baby-baby Koko tu.
Ibu: Adiklah bagi, kata Sha & Along dah letak nama masing-masing punya.
Adik: Itu saja-saja jerrr...Aqil nak letak nama Aqil punya tu Grey ok tak bu?
Ibu: Ok..... tapi ibu rasa apa kata kita letak nama dia kemelayuan pulak. Peah, Poyot, Juri dan Amin. Itu semua nama arwah atok-atok dan uwan-uwan ibu tu.
Adik dan babah saling berpandangan sambil tersenyum sinis.
Babah: Bengong ibu kau nih! ada pulak letak nama manusia.
Ibu: Sambil ketawa evil muaaahhhaaaa... ha!! apsal tak boleh ek!!???

Moral of the story letaklah nama yang bersesuaian.

4 ulasan:

  1. Hahahaaha...dulu wa ada dua ekor kucing gak..namanya ciki n cumi..

    BalasPadam
  2. ha ha ha ok ape nama2 tu.
    bagi la kelainan, kan.
    ni asyik comel, tompok, belang, gebu, putih, etc...

    BalasPadam
  3. Adik ..yan suka letak nama dari komik jepun

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©