Mati Itu Pasti Hidup In Sha Allah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mati Itu Pasti Hidup In Sha Allah

29 Disember 2014

Mati Itu Pasti Hidup In Sha Allah

Selamat kembali bekerja. Dah 3 hari tak up entry semuanya duk kat draft, selalu begitu bila time cuti Mrs. A memang susah sikit nak ngadap laptop nih! Lagipun dalam masa 3 hari ni panjang perjalanan ceritanya. Dalam masa 3 hari sahaja macam-macam boleh berlaku  banjir sana-sini, kapal terbang hilang lagi. 

Pada cuti hari Christmas tu memula plan nak pergi beli persiapan sekolah anak-anak terus. Tapi postpone sebelah petang coz plan sudah tukar da..... On wednesday 24122014 tu dapat called dari emak bagitau Pakcik Mrs. A admitted kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Makanya we all berdua aje pergi coz kids masih di kampung kekdahnya.

OTW to Kuala Pilah calling-calling kampung anak sulung Mrs. A jawab katanya nenek dah gi hospital dengan makngah sekeluarga Aryssa pun ikut. Oooo al-kisahnya takde pulak emak bagitau. Sampai kat hospital terus aje menuju ke wad 7 coz Pakcik Mrs. A telah dipindahkan ke wad 7 tingkat satu. Just on time iaitu 12.00pm to 2.00pm adalah time melawat. Sesampai kat katil Pakcik nampak ok tengah makan buah sambil borak-borak dengan Angah dan emak Mrs. A. Wife dan anak-anak dia pun ada. 

Pakcik Mrs. A dimasukkan  ke hospital coz tetiba aje dia muntah darah, pagi Rabu sewaktu dia nak ke bilik air tetiba dia rasa nak pitam dan terus muntah-muntah kemudian anak dan wife dia cepat-cepat hantar klinik terdekat klinik dari klinik terus naik ambulance ke hospital. Sampai hospital terus ke emergency then doctor bagitau kena buat operation jugak untuk menghentikan pendarahan. Menurut doctor salah satu saluran darah dah pecah so untuk menghentikan darah tu yang nak kena tutup/ clip ke apa ke ntah Mrs. A pun kurang pasti sangat istilah perubatan ni. Setakat yang Mrs. A melawat dia di wad 7 hari Khamis tu operation tu berjaya katanya. Tapi perlu pemantauan rapi. Masuk darah dan masuk air. Setiap 2 jam sekali akan ada doctor mahupun nurse datang check.

Ajal dan maut sesaat pun tidak menunggu kita. Pagi Jumaat esoknya itu dapat called dari cousin Mrs. A iaitu anak Pakcik bagitau yang ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Innalillahhiwainnaialaihirojiunnn... dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Terpempan seketika emak dan Mrs. A sendiri. Subhanallah baru semalam melawat Pakcik dan berborak-borak hari ini Pakcik dah takde. Pakcik meninggal ketika berumur 62 tahun. Pakcik adalah adik kepada emak.

Sebab kematiannya jika menurut istilah perubatan sangatlah panjang itu dari apa yang Mrs. A baca kat permit menguburkan itulah. Tapi bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung mendapat oksigen yang secukupnya cenggitulah lebih kurang sebabnya. Arwah pakcik telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Jelai Satu selepas solat Asar hari yang sama. Alhamdulillah adik-beradik arwah, cousins  dan sanak-saudara arwah kebanyakkanya hadir. Arwah Pakcik ada lima orang anak tapi sorang dah meninggal sewaktu berumur 10 tahun. Sekarang yang tinggal adalah isteri serta 4 orang anaknya yang berumur dalam lingkungan 22 ke 7 tahun.


Al-fatihah buat arwah Abdul Latif bin Hj Rasimin (19.11.1952 - 26.12.2014)

Memanglah sedih terutama sekali bagi isteri arwah. Tapi Allah lebih sayangkan arwah, mungkin mati itu adalah yang terbaik bagi pakcik kami redha. Semoga arwah pakcik damai dan tenang di alam sana serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. In Sha Allah. Al-fatihah.



6 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©